Selamat Datang ..Ahlan wasahlan kepada anda yang budiman

Sedekah Penangkis Bala

Assalamualaikum para pengunjung yang saya hormati lagi kasihi,
Terima kasih atas kesudian anda yang budiman kerana sudi melawat laman blog saya. Jika anda terjumpa sesuatu yang baik yang boleh dikongsikan,saya mengizinkan dan jika terdapat paparan /tulisan /karya saya yang kurang berrmutu mahupun kurang berkesan...tinggalkan saja.

Selamat tinggal Ramadhan dan Doaku

Syukran ya Allah...Ramadhan kali ini Engkau telah mengizinkan hambaMu ini untuk khatam 30 juzuk .Alhamdulillah.Rasa bersyukur atas rahmat dan nikmatMU.Semuga Engkau mempertemukan hambaMu yang lemah ini dengan Ramadhan yang akan datang,Insyaallah.Berkatilah hidup ini dan sentiasalah Engkau memberi pertunjuk jalan ya Allah.Amin.

Perkongsian Resipi


HATI PARI SARAWAK


       BAHAN-BAHANNYA:(Guna loyang 9 inci)

    • 10 biji telur A 
    • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
    • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
    • 8 sb gula hitam/browning sugar 
    • 1 kati / 600 g kismis hitam
    • 1/2 tin susu pekat manis
    • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)

    Cara-cara


    1. Img1801a1. Kismis dihiris halus atau ditumbuk.

    2. Img1804a
       Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.

    3. Img1808a
       Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.

    4. Img1807a
       Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.

    5. Img1809a
       Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
    6. Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.

    7. Img1812a
       Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.

    8. Img1813a
       Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.

    9. Img1815a
       Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
    10. Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
    11. Supaya kek tahan lebih lama, selepas dikukus, bolehlah dibakar sekejap dlm masa 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.
    12. Silalah mencuba.Kek ini boleh tahan sampai 6 bulan.Lagi lama lagi sedap.Cuba!!!!!!!
    13. Insyaallah.