Selamat Datang ..Ahlan wasahlan kepada anda yang budiman

Sedekah Penangkis Bala

Assalamualaikum para pengunjung yang saya hormati lagi kasihi,
Terima kasih atas kesudian anda yang budiman kerana sudi melawat laman blog saya. Jika anda terjumpa sesuatu yang baik yang boleh dikongsikan,saya mengizinkan dan jika terdapat paparan /tulisan /karya saya yang kurang berrmutu mahupun kurang berkesan...tinggalkan saja.

Selamat tinggal Ramadhan dan Doaku

Syukran ya Allah...Ramadhan kali ini Engkau telah mengizinkan hambaMu ini untuk khatam 30 juzuk .Alhamdulillah.Rasa bersyukur atas rahmat dan nikmatMU.Semuga Engkau mempertemukan hambaMu yang lemah ini dengan Ramadhan yang akan datang,Insyaallah.Berkatilah hidup ini dan sentiasalah Engkau memberi pertunjuk jalan ya Allah.Amin.

Jumaat, 4 Jun 2010

SEDEKAH PENANGKIS BALA


Donation Please....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur alhamdulillah, dengan adanya rezki kesihatan dan akal yang Allah telah berikan kepada ana, dapatlah ana menulis sedikit rencana sebagai buah tangan dari ana buat rakan2 kaum muslimin dan muslimat sekalian.

MUKADDIMAH:

Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah hanya untuk Allah. Segala pengabdian manusia itu juga adalah terus menuju kepada Allah.Dalam pengabdian itu terkandungnya niat bagi setiap perbuatan yang baik adalah kerana Allah yakni dari hati sehinggalah kepada sikap yang menggambarkan kegembiraan, keceriaan kerana melakukan sesuatu demi Allah.
Rasulullah s.a.w.menyebutkan bahawa setiap yang baik itu adalah sedekah. Mengukir senyuman pada wajah untuk teman kita juga merupakan satu sedekah.

Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:"Jika kamu perlihatkan sedekahmu,maka itu pun baik juga(tidak mengapa).Tetapi jika kamu sembunyikannya(sedekah) itu dan kamu berikan kepada mereka yang fakir(perlu) maka itu adalah lebih baik bagi kamu."
(Al-Baqarah:271)

Sedekah sebagai penangkis bala:

Semua kebajikan yang manusia lakukan adalah sedekah.Setiap kebajikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran dari Allah.Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan (kesengsaraan).Bagaimana dan apakah buktinya sedekah itu dapat menjadi penangkis kepada bala.

Sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: ' Peliharalah harta kamu dengan cara mengeluarkan zakat.Ubatilah penyakitmu dengan jalan sedekah. Hadapilah segala dugaan dan cabaran ( bala) dengan doa dan rendahkanlah diri kepada Allah."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Maksud sebuah hadis Rasulullah s.a.w.
'Sesungguhnya sedekah itu boleh memadam kemarahan Allah dan juga menolak akan kematianyang mengaibkan."
(Hadis Ruwayat At-Tirmidzi)

Jelaslah kepada kita bahawa setiap amalan yang baik(sedekah) itu dapat menangkis setiap
kejahatan .Sedekah yang dirahsiakan mampu memadamkan kemurkaan Tuhan , sementara boleh menghubungkan silaturrahim dan menambahkan umur kita.Ucapan "Laa illaaha illallaah "itu akan dapat menyangkal pembacanya dari 99 pintu bahaya.Antara yang paling ringan ialah kesusahan.Insya Allah,setiap daripada kita hendaklah meyakini bahawa sedekah itu dapat membantu diri kita menangkis daripada ditimpa bala.Amalkanlah hidup bersedekah dengan hati yang ikhlas.Niatkanlah setiap sedekah itu kerana Allah .
Ana berharap sama-samalah kita sebagai hambaNya membersihkan diri kita dengan perbuatan yang mulia seperti sedekah. Jadikanlah diri kita sebagai seorang yang pemurah.
Insya Allah, semoga sedekah kita baik secara sedar atau sembunyi akan mendapat keberkatan dan sekaligus dapat menghindarkan diri kita dari malapetaka.
Yang baik lagi benar itu datangnya dari Allah.Manakala yang kurang lagi jahat itu adalah terbit dari diri ana. Tolong maafkan ana

Oleh:Ummi Nur.
Bahan rujukan: Kitab Mukmin
Buku karangan Abdul Rahman Al-Mukaffi.
(Sedekah penangkal Bala)

04.06.10



Khamis, 3 Jun 2010

Keyakinan dan kekuatan


Kecemerlangan hidup adalah datangnya dari kekuatan hati yang telah Allah anugerahkan kepada hambaNya.Untuk mencapai kecemerlangan ini bukan hanya diputar pada hujung lidah mahu pun diligatkan dalam kotak fikiran.Malah lebih dari tu.Kita seharusnya memanfaatkan setiap anugerah ini agar terserlah erti kecemerlangan.

Kekuatan hati tidak akan wujud tanpa keyakinan dan kesungguhan pada kekuasaan Tuhan.Keyakinan mendorong kepada satu permohonan yakni 'DOA".Doa merupakan satu senjata atau kunci bagi memperolehi kekuatan yang luar biasa.

Keyakinan hati:Ummi Nur